Forum gempakZ
hai everyone! register Now and you can join our community.
If you are already registered.. log in and enjoy here :-) .. Apa ditunggu lagi.. marilah sertai kami sekarang~


>> ONE COMMUNITY, ONE HEART <<
<satu komuniti satu hati>

Forum gempakZ

>> Satu Komuniti, Satu Hati<<
Home­Register­Log in
Komuniti gempakZ akan mengadakan penilaian keatas ahli teraktif. Mereka yang teraktif akan menerima wang Tunai RM 100. Penilaian akan dijalankan bermula 1 Februari 2010 sehingga 31 Mei 2010. Peserta aktif dikira layak menerima hadian jika melakukan lebih 300 posting dalam tempoh tersebut. sekian sahaja
Berminat untuk membuat pengiklanan di forum gempakZ? hubungi ADMIN melalui emel: pinguincomel@gmail.com ataupun PM di gempakZ.. sekian terima kasih
kepada sesiapa yang mempunyai apa-apa masalah seperti tidak boleh log in atau hal-hal lain berkaitan Komuniti gempakZ, sila emelkan kepada: pinguincomel@gmail.com sekian ~ Admin
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Pemanasan Enjin – Perlu Ke Tak?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
xxsaifullahxx
kindergarten
kindergarten


MyGEMPAKz POINTS: 134
POST: 67
POST RATES: 4
REGISTER: 2009-06-23

PostSubject: Pemanasan Enjin – Perlu Ke Tak?   Tue Jun 23, 2009 11:05 am

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hamper semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu.
Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan
dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang
terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu
Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih
dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung
minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan
hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini
ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan
pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

Save The Planet.
Back to top Go down
MR.PinGu
ADMIN
ADMIN


MyGEMPAKz POINTS: 10529
POST: 9266
POST RATES: 6
REGISTER: 2008-03-21

PostSubject: Re: Pemanasan Enjin – Perlu Ke Tak?   Tue Jun 23, 2009 11:55 am

really? benarkan enjin xperlu dipanaskan? huhu.. realkly? really? huhu..

saya selalu panaskan enjin sebelum bergerak sbb dah jadi amalan.. org2 lama2 selalu pesan enjin perlu dipanaskan utk satu jangkamasa..

_________________
NEW SYSTEM:
myGEMPAKz POINTS = 1 POINT/post, new thread = 3 POINTS/post,
1 POST RATED =-+1 POINT,

> Everyone can rates any "good/bad" post only if your post > 200.. tQ

Back to top Go down
http://www.gempakz.biz
xxsaifullahxx
kindergarten
kindergarten


MyGEMPAKz POINTS: 134
POST: 67
POST RATES: 4
REGISTER: 2009-06-23

PostSubject: Re: Pemanasan Enjin – Perlu Ke Tak?   Tue Jun 23, 2009 12:13 pm

PinguiN wrote:
really? benarkan enjin xperlu dipanaskan? huhu.. realkly? really? huhu..

saya selalu panaskan enjin sebelum bergerak sbb dah jadi amalan.. org2 lama2 selalu pesan enjin perlu dipanaskan utk satu jangkamasa..


kadang2 kita selalu ikut apa yang org tua2 kata, sbb diorang byk pengalaman. Tp kadang2 kita kena buat juga further research untuk membuktikan sesuatu kebenaran.
Back to top Go down
MR.PinGu
ADMIN
ADMIN


MyGEMPAKz POINTS: 10529
POST: 9266
POST RATES: 6
REGISTER: 2008-03-21

PostSubject: Re: Pemanasan Enjin – Perlu Ke Tak?   Tue Jun 23, 2009 2:37 pm

betul betul betul.. hihihi..

lagi ai menambah pencemaran kan..

_________________
NEW SYSTEM:
myGEMPAKz POINTS = 1 POINT/post, new thread = 3 POINTS/post,
1 POST RATED =-+1 POINT,

> Everyone can rates any "good/bad" post only if your post > 200.. tQ

Back to top Go down
http://www.gempakz.biz
suzila_anie
kindergarten
kindergarten


MyGEMPAKz POINTS: 121
POST: 92
POST RATES: 0
REGISTER: 2009-02-01

PostSubject: Re: Pemanasan Enjin – Perlu Ke Tak?   Thu Jun 25, 2009 10:50 am

panaskan sebentar utk stabilkan enjin.. Very Happy
Back to top Go down
gamemaster
upsr
upsr


MyGEMPAKz POINTS: 3363
POST: 265
POST RATES: 0
REGISTER: 2008-04-01

PostSubject: Re: Pemanasan Enjin – Perlu Ke Tak?   Mon Jun 29, 2009 4:51 pm

panaskan enjin sama macam panaskan badan. Kalau korang bersenam tanpa memanaskan badan apa akan jadi

_________________
Back to top Go down
http://www.friendkorner.net
MR.PinGu
ADMIN
ADMIN


MyGEMPAKz POINTS: 10529
POST: 9266
POST RATES: 6
REGISTER: 2008-03-21

PostSubject: Re: Pemanasan Enjin – Perlu Ke Tak?   Mon Jun 29, 2009 6:39 pm

gamemaster wrote:
panaskan enjin sama macam panaskan badan. Kalau korang bersenam tanpa memanaskan badan apa akan jadi


make sense.. pingu dah biasa panaskan enjin.. sbb rasa xbest kalu xhidupkan enjin lama sket sebelum bergerak

_________________
NEW SYSTEM:
myGEMPAKz POINTS = 1 POINT/post, new thread = 3 POINTS/post,
1 POST RATED =-+1 POINT,

> Everyone can rates any "good/bad" post only if your post > 200.. tQ

Back to top Go down
http://www.gempakz.biz
deskcom
MODERATOR TRAINEE
MODERATOR TRAINEE


MyGEMPAKz POINTS: 634
POST: 588
POST RATES: 13
REGISTER: 2008-03-24

PostSubject: Re: Pemanasan Enjin – Perlu Ke Tak?   Sun Jul 12, 2009 1:18 pm

aku x baca pun kat atas tu... panjang sangat...

panaskan enjin penting...
kalau x minyak tu bertakung kat bawah...

kalau malas sangat nak tunggu... start.... idle kejab... then jalan slow slow...
Back to top Go down
mawar_hijau
upsr
upsr


MyGEMPAKz POINTS: 210
POST: 208
POST RATES: 2
REGISTER: 2008-05-08

PostSubject: Re: Pemanasan Enjin – Perlu Ke Tak?   Thu Jul 23, 2009 10:36 am

panaskan enjin utk stabilkan enjin kot.. entahla janji panaskan.. macam bersenam gak mesti panaskan badan dulu kan..
Back to top Go down
 

Pemanasan Enjin – Perlu Ke Tak?

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum gempakZ :: RUANGAN HOBI :: HOBI :: KENDERAAN-
Post new topic   Reply to topic
PLEASE KLIK TQ
Tertarik? Klik Iklan Tersebut ;)
Tengok je? Cube Klik ;)
UNIQUE VISITOR
Free Web Counter
Bilangan pelawat laman web ini dari 19 Ogos 2009 Adorable Muslimah
PAGE IMPRESSION:
HTML Hit Counters
Bilangan "impression" laman web ini dilawati dari 19 Ogos 2009
Latest topics
» JOM MINUM JUS MATE 5
by onizuka Today at 12:36 pm

» Anak KucengKu dikuatiri mati dilenyek kenderaan
by MR.PinGu Yesterday at 4:01 pm

» Ketua penyokong Pas Perak mati ditembak
by MR.PinGu Yesterday at 11:00 am

» Wawasan Open University
by MR.PinGu Yesterday at 10:58 am

» Niyang Rapik the Movie
by MR.PinGu Yesterday at 2:03 am

CHATboX