Forum gempakZ
hai everyone! register Now and you can join our community.
If you are already registered.. log in and enjoy here :-) .. Apa ditunggu lagi.. marilah sertai kami sekarang~


>> ONE COMMUNITY, ONE HEART <<
<satu komuniti satu hati>

Forum gempakZ

>> Satu Komuniti, Satu Hati<<
Home­Register­Log in
Komuniti gempakZ akan mengadakan penilaian keatas ahli teraktif. Mereka yang teraktif akan menerima wang Tunai RM 100. Penilaian akan dijalankan bermula 1 Februari 2010 sehingga 31 Mei 2010. Peserta aktif dikira layak menerima hadian jika melakukan lebih 300 posting dalam tempoh tersebut. sekian sahaja
Berminat untuk membuat pengiklanan di forum gempakZ? hubungi ADMIN melalui emel: pinguincomel@gmail.com ataupun PM di gempakZ.. sekian terima kasih
kepada sesiapa yang mempunyai apa-apa masalah seperti tidak boleh log in atau hal-hal lain berkaitan Komuniti gempakZ, sila emelkan kepada: pinguincomel@gmail.com sekian ~ Admin
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Usah membuka Aib orang lain

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
MR.PinGu
ADMIN
ADMIN


MyGEMPAKz POINTS: 10529
POST: 9266
POST RATES: 6
REGISTER: 2008-03-21

PostSubject: Usah membuka Aib orang lain   Tue Dec 01, 2009 5:59 pm

Kelak Allah tutup aibnya di akhirat

DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat."

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* **

Cubakita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.

Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padangpasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi...asqinaa. .."

Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian..."

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak turun..."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.

Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."

Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."

Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun.."

Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"

Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan seseorang.

Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris dan menghangatkan lagi buku dan siaran televisyen.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

_________________
NEW SYSTEM:
myGEMPAKz POINTS = 1 POINT/post, new thread = 3 POINTS/post,
1 POST RATED =-+1 POINT,

> Everyone can rates any "good/bad" post only if your post > 200.. tQ

Back to top Go down
http://www.gempakz.biz
samarasa
newbie
newbie


MyGEMPAKz POINTS: 32
POST: 28
POST RATES: 0
REGISTER: 2009-02-02

PostSubject: Re: Usah membuka Aib orang lain   Sat Feb 06, 2010 7:37 am

setiap manusia mempunyai aibnya tersendiri.. kerana manusia itu makhluk yang lemah.
maka jika kita mengetahui akan aib seseorang maka, jgnlah kita mendedahkan kepada yang lain...

kelak, Tuhan akan dedahkan Aib kita di akhirat .. Nauzubillah.. minta dijauhkan..
Back to top Go down
 

Usah membuka Aib orang lain

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum gempakZ :: PERBINCANGAN SERIUS :: KEAGAMAAN & KEPERCAYAAN :: SUB BOD AGAMA :: ISLAM-
Post new topic   Reply to topic
PLEASE KLIK TQ
Tertarik? Klik Iklan Tersebut ;)
Tengok je? Cube Klik ;)
UNIQUE VISITOR
Free Web Counter
Bilangan pelawat laman web ini dari 19 Ogos 2009 Adorable Muslimah
PAGE IMPRESSION:
HTML Hit Counters
Bilangan "impression" laman web ini dilawati dari 19 Ogos 2009
Latest topics
» Anak KucengKu dikuatiri mati dilenyek kenderaan
by MR.PinGu Yesterday at 4:01 pm

» Ketua penyokong Pas Perak mati ditembak
by MR.PinGu Yesterday at 11:00 am

» Wawasan Open University
by MR.PinGu Yesterday at 10:58 am

» Niyang Rapik the Movie
by MR.PinGu Yesterday at 2:03 am

» Naruto 480: Danzou tewas ditangan sasuke
by MR.PinGu Yesterday at 1:54 am

CHATboX