Forum gempakZ
hai everyone! register Now and you can join our community.
If you are already registered.. log in and enjoy here :-) .. Apa ditunggu lagi.. marilah sertai kami sekarang~


>> ONE COMMUNITY, ONE HEART <<
<satu komuniti satu hati>

Forum gempakZ

>> Satu Komuniti, Satu Hati<<
Home­Register­Log in
Komuniti gempakZ akan mengadakan penilaian keatas ahli teraktif. Mereka yang teraktif akan menerima wang Tunai RM 100. Penilaian akan dijalankan bermula 1 Februari 2010 sehingga 31 Mei 2010. Peserta aktif dikira layak menerima hadian jika melakukan lebih 300 posting dalam tempoh tersebut. sekian sahaja
Berminat untuk membuat pengiklanan di forum gempakZ? hubungi ADMIN melalui emel: pinguincomel@gmail.com ataupun PM di gempakZ.. sekian terima kasih
kepada sesiapa yang mempunyai apa-apa masalah seperti tidak boleh log in atau hal-hal lain berkaitan Komuniti gempakZ, sila emelkan kepada: pinguincomel@gmail.com sekian ~ Admin
Share | 
 

 Cinta Ohh Cinta... ( Bicara Agama )

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
CintaHati
pts
pts


MyGEMPAKz POINTS: 238
POST: 117
POST RATES: 4
REGISTER: 2009-06-23

PostSubject: Cinta Ohh Cinta... ( Bicara Agama )   Tue Jun 23, 2009 3:43 pm

"Kenapa ni, monyok aje ni, sakit ke?" Nurul yang baru balik dari tutorial bertanya kepada teman sebiliknya.

"Nurul, sampai hati Zack buat begini pada aku", Ain menangis teresak-esak.

"Kenapa?" Nurul bertanya kembali, agak panik dengan Ain yang semakin kuat esakannya.

"Kami, kami, kami dah putus", raung Ain.
Episod di atas mungkin sesuatu yang amat biasa kita temui. Bercinta dan merana, kecewa dan dalam sesetengah kes "frust menonggeng" hingga hilang arah tujuan. Malah di Malaysia sendiri, ruang hiburan dikuasai oleh lagu-lagu cinta remaja. Namun, apa yang ingin disentuh di sini bukanlah kisah cinta Uda dan Dara, Romeo dan Juliet atau Laila dan Majnun.

Perlu diketahui bahawa cinta adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung diantara segala cinta. Kerana itulah para Syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan.

Cinta Rasullah SAW kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling dengan batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu malaikat Jibrail bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar Islam.

Begitu juga cinta para sahabat yang dalam kepada Rasulullah SAW hinggakan sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.

Dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan yang penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isteri.Cinta diantara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam Surah Ar Rum ayat 21 yang maksudnya:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya. Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Namun dewasa ini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan Dara di luar lingkungan perkahwinan. Justeru itu, apa yang terjadi adalah sesuatu yang mengaibkan, kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum Allah yang ditetapkan. Dalam menuju kedewasaan, minat-meminati di kalangan berlawanan jenis adalah sesuatu yang lumrah. Namun, perasaan ini haruslah dijaga,
( "You must be the master of your feelings, don't let your feelings be the master of you" )
Agak menyedihkan kerana ramai yang terbawa-bawa dengan perasaan cinta ini hingga sanggup berkorban segala-galanya untuk orang yang dicintai padahal si dia belum lagi menjadi suami yang sah. Bak kata orang tua-tua:
Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih kulurutkan,
Buang emak, buang saudara, kerana kekasih kuturutkan...
.....Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf dan menarik baju yang dipakainya.....

Di sini, ingin saya buka lipatan sejarah, menyingkap kisah cinta yang tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan. Kisah cinta Nabi Allah Yusuf (Alaihissalam-AS) dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah kekacakan Nabi Yusuf (AS) sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta padanya.

Nabi Yusuf (AS) disumbatkan ke dalam penjara setelah Al Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu apa yang patut dilakukannya setelah peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf (AS) dan menarik baju yang dipakainya hingga terkoyak di belakang. Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf (AS) yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf (AS) hingga Al Aziz terpaksa melepaskannya.

Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf (AS) dibebaskan dari penjara dan akhirnya beliau diangkat menjadi raja. Hinggalah pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf (AS) berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya, perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf (AS), dan mereka berkahwin.
"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta telah Aku redha Islam sebagai agama kamu."
(surah Al-Maida: 3)
Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi, Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua padanya. Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf (AS) telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap Pencipta-Nya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak mempedulikan Nabi Yusuf (AS) sendiri yang suatu waktu dulu digilainya.

Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf (AS) telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa ini bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu Zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf (AS). Yusuf kemudian memberitahu Zulaikha bahawa dari mereka akan lahir nabi-nabi yang akan membawa kebenaran.

Melihat pada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu dilandaskan kepada nafsu semata-mata. Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabdi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu ada bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal!!

Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara, oleh itu adalah lebih baik sekiranya kita tak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri bila cinta yang diharap-harapkan tidak kesampaian...

_________________
"YoU mUsT bE tHe MaStEr Of YoUr FeElInGs,
DoN't LeT yOuR fEeLiNgS bE tHe MaStEr Of YoU"
Back to top Go down
http://titiancintahati.blogspot.com
mawar_hijau
upsr
upsr


MyGEMPAKz POINTS: 210
POST: 208
POST RATES: 2
REGISTER: 2008-05-08

PostSubject: Re: Cinta Ohh Cinta... ( Bicara Agama )   Tue Jun 23, 2009 4:46 pm

terkandung nasihat yang berguna.. I love you
Back to top Go down
CintaHati
pts
pts


MyGEMPAKz POINTS: 238
POST: 117
POST RATES: 4
REGISTER: 2009-06-23

PostSubject: Re: Cinta Ohh Cinta... ( Bicara Agama )   Tue Jun 23, 2009 4:52 pm

nasihat utk semua terutamanya utk diri sndiri yg sntiasa punyai kelemahan dn kekurgan jugak Smile sama2 lah kite renung2 kan..hayati dan fahami... Smile tq

_________________
"YoU mUsT bE tHe MaStEr Of YoUr FeElInGs,
DoN't LeT yOuR fEeLiNgS bE tHe MaStEr Of YoU"
Back to top Go down
http://titiancintahati.blogspot.com
kerepek ubi
pts
pts


MyGEMPAKz POINTS: 208
POST: 158
POST RATES: 0
REGISTER: 2009-02-03

PostSubject: Re: Cinta Ohh Cinta... ( Bicara Agama )   Tue Jun 23, 2009 4:54 pm

CintaHati wrote:
nasihat utk semua terutamanya utk diri sndiri yg sntiasa punyai kelemahan dn kekurgan jugak Smile sama2 lah kite renung2 kan..hayati dan fahami... Smile tq


manusia mmg selalu ada kekurangan
Back to top Go down
MR.PinGu
ADMIN
ADMIN


MyGEMPAKz POINTS: 10541
POST: 9277
POST RATES: 6
REGISTER: 2008-03-21

PostSubject: Re: Cinta Ohh Cinta... ( Bicara Agama )   Tue Jun 23, 2009 4:57 pm

kerepek ubi wrote:
CintaHati wrote:
nasihat utk semua terutamanya utk diri sndiri yg sntiasa punyai kelemahan dn kekurgan jugak Smile sama2 lah kite renung2 kan..hayati dan fahami... Smile tq


manusia mmg selalu ada kekurangan


setuju tu justeru kita kene saling ingat mengingati antara satu sama lain.. I love you albino sunny

_________________
NEW SYSTEM:
myGEMPAKz POINTS = 1 POINT/post, new thread = 3 POINTS/post,
1 POST RATED =-+1 POINT,

> Everyone can rates any "good/bad" post only if your post > 200.. tQ

Back to top Go down
http://www.gempakz.biz Online
CintaHati
pts
pts


MyGEMPAKz POINTS: 238
POST: 117
POST RATES: 4
REGISTER: 2009-06-23

PostSubject: Re: Cinta Ohh Cinta... ( Bicara Agama )   Tue Jun 23, 2009 5:01 pm

terima kasih Smile

_________________
"YoU mUsT bE tHe MaStEr Of YoUr FeElInGs,
DoN't LeT yOuR fEeLiNgS bE tHe MaStEr Of YoU"
Back to top Go down
http://titiancintahati.blogspot.com
kerepek ubi
pts
pts


MyGEMPAKz POINTS: 208
POST: 158
POST RATES: 0
REGISTER: 2009-02-03

PostSubject: Re: Cinta Ohh Cinta... ( Bicara Agama )   Tue Jun 23, 2009 5:06 pm

CintaHati wrote:
terima kasih Smile


sama2.. opss..... Razz
Back to top Go down
Ilda
MODERATOR TRAINEE
MODERATOR TRAINEE


MyGEMPAKz POINTS: 141
POST: 99
POST RATES: 20
REGISTER: 2008-06-15

PostSubject: Re: Cinta Ohh Cinta... ( Bicara Agama )   Thu Jun 25, 2009 2:34 am

Orang yang bijak, mereka guna cinta untuk agama Allah. Dengan cintalah Rasulullah mampu menyedarkan masyarakatnya untuk hidup bersatu-padu dan membangkitkan semangat ummah. Tetapi tidak ramai mencontohi cinta suci baginda dengan para isterinya itu biarpun ramai yang kata mereka bersolat macam cara Nabi.

Zaman sekarang, definasi cinta sekadar untuk berkahwin. Lepas kahwin, cinta itu pudar dan mula hilang arah perjuangan hidup. Mereka mula hidup secara lalai dan akhirnya rumahtangga mereka mudah retak. Sebab itu banyak kita dengar kisah kahwin-cerai orang Islam sekarang seolah-olah cinta itu boleh dijual-beli atau ditukar ganti.

Betapa murahnya harga cinta mereka itu bagaikan suratkhabar. Lepas habis baca, dijual dengan harga murah atau dibuat alas. Itulah jadinya bila cinta itu tidak disusuli untuk mengajak manusia tunduk kepada Allah.

Contohi kisah Nabi Sulaiman mendapat cinta Ratu Balqis. Baginda jadikan cinta hanya untuk agama Allah. Namun cinta sebegini hanya mampu dicapai oleh golongan yang berani, kerana si pengecut pasti berpaling lari.
Back to top Go down
MR.PinGu
ADMIN
ADMIN


MyGEMPAKz POINTS: 10541
POST: 9277
POST RATES: 6
REGISTER: 2008-03-21

PostSubject: Re: Cinta Ohh Cinta... ( Bicara Agama )   Fri Jun 26, 2009 8:45 am

Benar pendapat Ilda.. Gunalah Cinta untuk agama Allah.. Cinta itu lebih bermakna dan membawa kebaikan besar kepada manusia.

_________________
NEW SYSTEM:
myGEMPAKz POINTS = 1 POINT/post, new thread = 3 POINTS/post,
1 POST RATED =-+1 POINT,

> Everyone can rates any "good/bad" post only if your post > 200.. tQ

Back to top Go down
http://www.gempakz.biz Online
SafiBalqis
newbie
newbie


MyGEMPAKz POINTS: 18
POST: 14
POST RATES: 0
REGISTER: 2009-06-18

PostSubject: Re: Cinta Ohh Cinta... ( Bicara Agama )   Sun Jul 26, 2009 3:24 pm

CinTa yang sejati pastinya CinTa kepada Illahi.. lebih bermakna dan lebih Hakiki.. juga membawa kebahgiaan yang abadi
Back to top Go down
 

Cinta Ohh Cinta... ( Bicara Agama )

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum gempakZ :: PERBINCANGAN SERIUS :: KEAGAMAAN & KEPERCAYAAN :: SUB BOD AGAMA :: ISLAM-
ADS
ADS
UNIQUE VISITOR
Free Web Counter
Bilangan pelawat laman web ini dari 19 Ogos 2009 Adorable Muslimah
PAGE IMPRESSION:
HTML Hit Counters
Bilangan "impression" laman web ini dilawati dari 19 Ogos 2009
Latest topics
» AIM 17 Cipta Rekod Pencalonan Terbanyak
by MR.PinGu Today at 10:02 am

» Stacy Fan Club
by MR.PinGu Yesterday at 6:51 pm

» Aril Pengganti Jimmy
by adik_pingu Yesterday at 10:55 am

» H1N1: Tolonglah Semua... Serius Sikit!
by adik_pingu Yesterday at 10:51 am

» Kimura Takuya Diundi Jadi Jack Sparrow!
by adik_pingu Yesterday at 10:48 am

CHATboX